CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 22 April 2009

RANCANGAN PENURUNAN BERAT YANG TERBANYAK







Semenjak dua tiga menjak nih,aku begitu teruja untuk menyaksikan realiti tv yg bertajuk "the biggest loser"...memang ia keluaran negara Mr.Barrack Obama itu,ya btol...program realiti tv citer mat salleh(yang kadang-kadang lebih banyak drama dari realiti itu sendiri)...tapi aku peduli apa kan...

Menyaksikan perubahan yang telah dibuat oleh para peserta setelah dipaksa rela melakukan senaman yang sangat dasyhat(bagi aku yg malas nak berjalan apatah lagi berjoging walaupun hanya sejauh 1kilometer)...Itu belum lg citer pasal bab jaga pemakanan kan...membuatkan aku rasa bersemangat giler untuk kurus...aku rasa begitu bermotivasi sekali setiap kali habis menonton rancangan tersebut...

aku rasa kalau mereka yg beratnya 400++pound boleh bertukar rupa kepada 218pound,aku nih yg beratnya hanya 50kg takkan la tak bole turun kepada 41kg kn(berat badan asal sebelum dia naik mendadak dalam tempoh masa tak sampai setahun)..takkanla tak da harapan nak turun kan...takkanla org lain turun berpuluh2 kilo aku nih nak turunkan hanya 9kilo pn x boleh kn...takkanla(kataku dengan begitu bersemangat!!)

Jadi aku telah membuat keputusan tuk kurus..Ya saya boleh melakukannya!!langkah pertama yang akan aku amek ialah mengelakkan makan malam...ya,aku berazam tuk tidak lagi mengambil makan malam selepas pukul 7mlm..minta maaf kepada abang gerai burger M kerana saya tidak akan lagi membeli burger abang yang sangat sedap rasanya itu..minta maaf gaks kepada adik-adik yang berniaga di gerai Borak Santai kerana saya tidak akan tapau nasi goreng kampung berperisa lada sulah lg selepas ini...minta maaf kepada semua peniaga-peniaga yg berniaga makanan panas pada waktu malam kerana saya tidak lagi memberi keuntungan kepada anda semua...KERNA AKU TELAH BERTEKAD UNTUK KEMBALI LANGSING...kerna aku ingin menyarung semula baju-baju bersize S...


Meh kita tengok salah seorang penaik semangat aku:





BEFORE


Memperkenalkan Bill (winner season 4)


AFTER
skrg nih ensem nak mampos mamat nih kn..

TAPI


Someone:wey,malam nih kite makan chicken chop kat tasek nak?.......

aku :eeerrrr,takleh la aku on diet nih.....taknak makan malam....

someone :ala wey,mlm nih ko makan la esok baru ko start program diet tuh..

aku :bole gaks,sedap gila ek chicken chop kat situ,black pepper sos laks tuh,perggghhh

(sambil telan air liur dan membayangkan rupa chic chop yg enak itu)...





maka itulah yg terjadi pada malam esok dan malam-malam seterusnya...

maka punah la azam dan semangat yg tinggi menggunung untuk aku berdiet...




pssstt:agak2 bob nak amek aku tak tuk join team dia???

4 comments:

Aku said...
This comment has been removed by the author.
adieqchomelz said...

aku:
azam itu penting...klu tak takkan ko berazam tiap2 1hb januari setiap tahun kn..kn..kn..huhuhu

My Deary Diary said...

wakakakak..benda yg slalu ko citer..cmtu gak aku..knon nk kurus..tp tahap mkn mkin melampau..
erm..k gak adik..nti g mkn western kt tasek..ea,,ko kata sedap kn..nti aku g sne lg.. =]

Yo0ok sme2 menurunkn berat badan..aku dh 56kg.. huarghhhhhhh!!!!!

adieqchomelz said...

bole2...tp gerai tuh bukak pas maghrib..bguskn?mean pas kul 7mlm...hahaha...