CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 5 May 2009

BERSYUKUR KERANA MASIH LAGI BERNYAWA

tajuk nak gempak kan...hehehe...tapi aku masih marah+geram+fobia+trauma dengan insiden yang hampir membuat kan aku berjumpa malaikat mungkar dan nangkir...kerana aku tau kejadian tersebut bukan salah aku sepenuhnya,masih lagi bersalah sebenarnya cuma bukan sepenuhnya(kan aku dah cakap tadi,bukan sepenuhnya)..

kejadian berlaku semasa hari khamis malam..dari johor bahru nak balik ke bandar penawar,kota tinggi...aku memandu di tengah malam yang tak bapa nak terang sebab bukan waktu keliwon agaknya(bulan mengambang la)...dengan kelajuan sekadar 80/h aku melayan halwa telinga(chewah,halwa la sangat) dgn penuh hati-hati...sumpah okies,aku memang tak laju malam tu cuma 80/h...di ulang 80/h bagi keta viva...tiba-tiba muncul sebiji motor di tengah-tengah jalan..sepasang laki bini aku rasa sebab dalam lingkungan 50-an..sumpah aku memang tak nampak motor tersebut kerana motor itu tidak ada lampu belakang!!!!!

alamak,takkan aku nak langgar pulak motor nih???panik gila aku masa tuh!!...dan tanpa berfikir panjang aku brek mengejut..dan tanpa aku duga juga kereta aku yang terkejut kerana di brek itu telah menjadi tidak terkawal..aku dah masuk kawasan sebelah...treler dari depan dah datang..kereta hilang kawalan...agaknya belum sampai masa aku lagi kot,aku teros teringat pesan ayah aku...aku pun tekan minyak semula,paut stereng kuat-kuat...Alhamdullillah....kereta masuk balik ke lorong yang betul...sejurus aku masuk lorong,treler lalu sebelah aku...mengigil aku...nak menangis rasa time tuh...tipu,sebenarnya aku dah menangis bila kereta aku selisih dengan treler tersebut...sungguh,aku tak tau kenapa aku tidak menggunakan honk yang ada..giler bodoh ekkk...tapi aku memang panik time tuh...

aku tak berhenti tepi jalan..aku nekad teros drive..lagipun dah nak masuk pukul 11.00 malam..jalan memang sunyi..kalau berhenti,takut lagi buruk pulak yang berlaku...pakcik yang naik motor itu aku confirm memang nampak keadaan kereta aku masa hilang kawalan..dalam hati aku dah menyumpah-nyumpah pakcik laki bini tersebut...setan!!!...
tapi yang peliknya bila aku tengok cermin belakang lepas aku terselamat dari insiden itu,motor pakcik tuh dah takda..takda okies...pelik....

dan sejak dari malam itu kalau aku jumpa motor yang takda lampu,aku honk sekuat ati...

nih ada pesanan untuk mat-mat motor yang bawak motor takda lampu:

KALAU KAU NAK MATI BOLEH,TAPI TOLONG JANGAN HERET ORANG LAIN UNTUK MATI SEKALI OKIES...

Sunday, 26 April 2009

KALAULAH AKU KAYA........

kalaulah aku kaya....
aku nak shopping giler-giler....biar lenguh kaki tawaf suma bangunan yang bergelar shopping complex asalkan aku puas ati dapat habiskan duit....
kalaulah aku kaya...
aku nak bagi mak ayah aku duit poket monthly 5k...
kalaulah aku kaya...
aku nak anta mak ayah aku pergi haji tiap-tiap tahun...
kalaulah aku kaya...
aku nak wat rumah banglo sebijik siap ada kolam renang walaupun hakikatnya aku tak reti berenang...
kalaulah aku kaya...
aku nak beli keta bmw n mercedes 4-5 biji....biar berderet kat depan laman rumah aku....
kalaulah aku kaya...
aku nak g melancong tiap-tiap bulan...biar hilang tension aku....
tapi aku hanya penjawat awam yg keja sampai mati pun blom tentu dapat merasai suasana kaya itu...
huh...........
dah,aku nak teruskan keja aku yang berlambak-lambak atas meja nih........
kalau teros berangan silap-silap aku kena buang keja pulak...........

Wednesday, 22 April 2009

RANCANGAN PENURUNAN BERAT YANG TERBANYAK







Semenjak dua tiga menjak nih,aku begitu teruja untuk menyaksikan realiti tv yg bertajuk "the biggest loser"...memang ia keluaran negara Mr.Barrack Obama itu,ya btol...program realiti tv citer mat salleh(yang kadang-kadang lebih banyak drama dari realiti itu sendiri)...tapi aku peduli apa kan...

Menyaksikan perubahan yang telah dibuat oleh para peserta setelah dipaksa rela melakukan senaman yang sangat dasyhat(bagi aku yg malas nak berjalan apatah lagi berjoging walaupun hanya sejauh 1kilometer)...Itu belum lg citer pasal bab jaga pemakanan kan...membuatkan aku rasa bersemangat giler untuk kurus...aku rasa begitu bermotivasi sekali setiap kali habis menonton rancangan tersebut...

aku rasa kalau mereka yg beratnya 400++pound boleh bertukar rupa kepada 218pound,aku nih yg beratnya hanya 50kg takkan la tak bole turun kepada 41kg kn(berat badan asal sebelum dia naik mendadak dalam tempoh masa tak sampai setahun)..takkanla tak da harapan nak turun kan...takkanla org lain turun berpuluh2 kilo aku nih nak turunkan hanya 9kilo pn x boleh kn...takkanla(kataku dengan begitu bersemangat!!)

Jadi aku telah membuat keputusan tuk kurus..Ya saya boleh melakukannya!!langkah pertama yang akan aku amek ialah mengelakkan makan malam...ya,aku berazam tuk tidak lagi mengambil makan malam selepas pukul 7mlm..minta maaf kepada abang gerai burger M kerana saya tidak akan lagi membeli burger abang yang sangat sedap rasanya itu..minta maaf gaks kepada adik-adik yang berniaga di gerai Borak Santai kerana saya tidak akan tapau nasi goreng kampung berperisa lada sulah lg selepas ini...minta maaf kepada semua peniaga-peniaga yg berniaga makanan panas pada waktu malam kerana saya tidak lagi memberi keuntungan kepada anda semua...KERNA AKU TELAH BERTEKAD UNTUK KEMBALI LANGSING...kerna aku ingin menyarung semula baju-baju bersize S...


Meh kita tengok salah seorang penaik semangat aku:





BEFORE


Memperkenalkan Bill (winner season 4)


AFTER
skrg nih ensem nak mampos mamat nih kn..

TAPI


Someone:wey,malam nih kite makan chicken chop kat tasek nak?.......

aku :eeerrrr,takleh la aku on diet nih.....taknak makan malam....

someone :ala wey,mlm nih ko makan la esok baru ko start program diet tuh..

aku :bole gaks,sedap gila ek chicken chop kat situ,black pepper sos laks tuh,perggghhh

(sambil telan air liur dan membayangkan rupa chic chop yg enak itu)...





maka itulah yg terjadi pada malam esok dan malam-malam seterusnya...

maka punah la azam dan semangat yg tinggi menggunung untuk aku berdiet...




pssstt:agak2 bob nak amek aku tak tuk join team dia???

FINALLY@akhirnya.....

Bile tengok orang buat blog...aku pun tertanya2...best sangat ke blog tuh...hebat sangat ke klu ada blog?...abeh kalau orang yang takda blog tuh kategori loser ke?...aku usha2 blog orang..apa yang biasanye orang tulis sampai satu malaysia atau dunia(ke???) yang view blog dieorang...kesimpulannye,kadang2 kite nih tak tau apa kegunaan sebenar blog...adakah ia sebagai medium untuk beramah mesra(mengeratkan hubungan sesama kita kunun2nya walhal kau langsung tak kenal orang yang ko ajak link tuh)kan...kan...kan..atau adakah blog nih sebagai medium untuk meluah kn perasaan seharian ko(diary kehidupan) biar satu dunia tau perasan ko masa tuh...atau yg lebih dasyhat sebagai tempat caci mencaci sesama lain...saling kutuk mengutuk...(wah,parah sungguh)...

Walau apa pun,kesimpulan yang dapat aku lihat ialah kalau ko takda blog maka ko tuh kategori katak bawah tempurung...kirenya ko tuh x maju...maklum la sekarang nih kan zaman teknologi(dunia tanpa sempadan katanya)...jaid,walaupun aku nih tak tau apa motip sebenar aku reka blog nih namun demi nak bersama2 maju di zaman yang serba canggih nih,aku pun memutuskan untuk turut sama mereka blog...

Ya...aku telah turut sama terpedaya untuk menyertai dunia blog ini..walaupun ak nih takda la barang untuk dijual seperti mana blogger yg lain mengiklan atau menjual barang mereka..kesimpulannya aku turut sama teruja membina blog kerana aku bebas bersuara atau menyuarakan pendapat aku jika aku mempunyai blog sendiri..kalau aku bersuara lebih2 kat blog orang lain di ruangan komen mereka tentu saja tidak begitu menarik kerana ruangan yang terhad dan siapa la aku untuk memberi komen atau pendapat yang berlebih2an di entry orang lain...jadi dengan adanya blog sndiri aku bebas untuk memberi pandangan mengikut persepsi aku sendiri..kalau korang tak suka,ada aku kesah???....kalau korang tak suka korang boleh reka blog sendiri...macam yang telah aku buat nih...hahahahahaha....(mengapa entry aku ini disudahi dengan gelak yang agak keji???)...